Thursday, September 23, 2010

SRIH


SRIH was established in ’85 and moved to Kg. Batu belah in ’87 till present. It was registered with JAIS in ’93 (No:002/1 under Enacment No. 2 1988) and to KPM in ’99 ( No: Sel/ 1694/ 99). It was once again re-registered with JAIS for temporary registration under Enactment No. 2 1988 Pindaan No. 7 2001.It carries out an integrated education system with a blend of KBSR, Islamic curriculum.

The student started sitting for UPSR in ’95 till present. For co-curriculum activities, phase 2 student are required to involve in Pergerakan Syabab Fatayat Malaysia ( MGBSIM )  and having a choice to join the socities and clubs such as Kelab Nasyid dan Kompang, Tae Kwan Do and Silat Gayong.

SUBJECT

1. Bahasa Melayu
2. English
3. Arabic
4. Mathematics
5. Science
6. Kajian Tempatan
7. Kemahiran Hidup
8. Physical Education and Health
9. Pendidikan Seni dan Visual
10. Tulisan Jawi
11. Teknologi maklumat
12. Siviks dan Kenegaraan






RELIGIOUS SUBJECTS

1. Aqidah
2. Akhlak
3. Fiqh
4. Seerah
5. Pemahaman Al Quran dan As Sunnah (PQS)
6. Al-Quran

CO-CURRICULUM ACTIVITIES

1. Pergerakan Syabab Fatayat Malaysia
2. Societies and Clubs
3. Sports and Games

INTERGRATED ACTIVITIES

1. Congretional prayers
2. Dining together in class

Tuesday, August 24, 2010

SISTEM PENDIDIKAN BERSEPADU

Sekolah Menengah Islam Hira beroperasi secara berasrama penuh sejak berpindah ke tapak Jeram. Semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama dan mengikuti semua program yang diatur oleh pihak sekolah. Selain daripada mempelajari konstruk bidang ilmu, mereka juga dididik dan ditaksirkan di dalam satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM). di mana setiap pelajar akan diperkembangan potensi diri atau konstruk dalam semua bidang secara seimbang dan berterusan.

Konstruk-konstruk SPPM merangkumi lima bidang iaitu Ilmu, Ibadah, Iman, Kemampuan dan Akhlak. Konstruk bidang ilmu dibangunkan melalui matapelajaran KBSM dan MUSLEH secara bersepadu dan ditaksirkan dalam bentuk penulisan, amali dan lisan. Sementara untuk konstruk bidang ibadah, iman dan akhlak, pelaksanaan pentaksiran berjalan dimana, para pelajardisusun dalam kumpulan-kumpulan kecil dan dibimbing oleh mentor yang terdiri daripada guru-guru dan para pelajar yang terpilih untuk membimbing pelajar supaya mempunyai kekuatan kerohanian dan fikrah Islam yang mantap.

Bagi membina peribadi pelajar yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental para pelajar diwajibkan mengikuti program Pergerakan Syabab Fatayat Malaysia atau kini diletakkan di bawah Kadet Remaja Sekolah (KRS) MUSLEH, iaitu sebuah pasukan uniform bersepadu yang menitikberatkan pembangunan aspek kepimpinan, disiplin dan ketrampilan serta tahan lasak. Program yang biasa dijalankan ialah perjumpaan mingguan, perkhemahan berkala dan perkhemahan tahunan. Selain cuti para pelajar juga dilibatkan dengan aktiviti luar yang dianjurkan oleh MUSLEH dan KPM.

Hafazan dan tilawah Al-Quran merupakan salah satu aspek yang diberi penekanan. Bagi pelajar yang berminat dan layak dalam menghafaz Al-Quran, mereka boleh mengikuti pengajian hafazan Al-Quran secara khusus di Mahaad Tahfiz Al-Quran  selama dua (2) tahun samada selepas UPSR atau PMR kemudian mereka akan menyambung kembali pendidikan seterusnya di SMIH.

Para pelajar juga dilibatkan dalam aktiviti persatuan dan kelab di mana banyak persatuan dan kelab ditubuhkan meliputi subjek-subjek dan bidang-bidang yang boleh membantu perkembangan potensi pelajar seprti kemahiran usahawan dan rekacipta serta seni bela diri. tidak ketinggalan juga dalam bidang sukan dan permainan seperti bolasepak, bola jaring, ping pong, badminton dan bola keranjang. Antara acara tetap ialah sukan tahunan dan penyertaan dalam perlawanan persahabatan.

Kesepaduan dalam pembangunan lima bidang konstruk ini menghasilkan pelajar yang serba boleh dalam pelbagai bidang profesional dan mampu memikul tanggungjawab kepimpinan dalam organisasi dan masyarakat.

Sunday, August 22, 2010

Pengenalan dan Sejarah SRI Hira

Institusi Pendidikan Hira bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Hira' (SRIH) pada tahun 1985 di Seksyen 3 Shah Alam, Selangor. Bagi menampung pertambahan pelajar, pada tahun 1987, SRIH telah berpindah ke tapak yang disewa di Lot 237 -S Kampung Batu Belah, 42100 Klang Selangor. SRIH telah mengambil bahagian dalam peperiksaan UPSR dan SDE (SPRA) mulai 1993.
Sehingga tahun 1990, genap tahap persekolahan dari tahun 1 hingga tahun 6. Generasi pertama SRIH telah melanjutkan pengajian mereka di SMI AL-Amin Kuala Lumpur di tingkatan satu. Awal 1992, pelajar-pelajar ini kembali menyambung persekolahan di SMI Hira' di Kampung Batu Belah Klang. Mereka telah menduduki PMR pada tahun 1993 dan SPM pada tahun 1995. Menjelang 1999 SMIH telah berpindah ke tapak sendiri di Jeram Kuala Selangor.

Beberapa orang pelajar telah menyambung pengajian Al-Quran di Mahaad Tahfiz Quran Hira'. Beberapa orang pelajar pernah mendapat biasiswa pelajaran ke Kuwait.
Kebanyakan pelajar lepasan SMIH berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS di dalam mahupun luar negara. Dalam tahun 1995 juga pihak Institusi telah mengambil alih sebuah tadika dan telah diuruskan sepenuhnya dengan nama Tadika Islam Hira' Rantau Panjang. Kemudian tadika dibuka di Batu Belah dan Jeram.

Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan berpindah ke Kg. Batu Belah Klang pada 1987 hingga sekarang. SRIH telah berdaftar dengan JAIS pada tahun 1993 (No:002/1dibawah Enakmen no .2 1988) dan dengan KPM pada tahun 1999 (No: Sel/ 1694/ 99) Baru (B1C 0039). Pada tahun 2003, sekali lagi SRIH telah didaftarkan semula dengan JAIS dengan pendaftaran sementara di bawah Enakmen No.2 1988 Pindaan No.7 2001. SRIH menjalankan sistem pendidikan bersepadu dengan KBSR dan kurikulum diniyyah (MGBSIM/MUSLEH) serta Kurikulum Bersepadu Hira’.
SRIH mula mengambil UPSR pada tahun 1995 hingga sekarang . Dalam bidang ko-kurikulum murid tahap 2 diwajibkan mengikuti pakaian seragam Pergerakan Syabab Fatayat Malaysia ( MGBSIM ) dan boleh memilih untuk terlibat dalam persatuan dan kelab seperti Kelab Nasyid dan Kompang, Tae Kwan do dan Silat Gayong.
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA
Sekolah Menengah Islam Hira’ (SMIH) telah ditubuhkan pada bulan Disember 1991, bertempat di Batu Belah, Klang. Pada ketika itu, hanya terdapat 50 orang dengan enam orang pengajar. Kini pertambahan pelajar telah meningkat kepada 415 orang di sekitar Lembah Klang dengan 42 orang tenaga pengajar.
Sekolah Menengah Islam Hira’ sejak diwujudkan telah mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat Islam untuk menampung jumlah pelajar yang bertambah pada sesi 1998. Pada Disember 1998, Sekolah Menengah Islam Hira’ telah berpindah ke premis baru di Jeram.
Sekolah Menengah Islam Hira’ merupakan sebuah institusi lanjutan daripada Sekolah Rendah Islam Hira’. Ianya mula beroperasi melalui pengambilan pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Permintaan dari pelajar-pelajar baru semakin bertambah pada setiap tahun, namun kuantiti kemasukan terpaksa dihadkan demi memastikan faktor-faktor keberkesanan pengajaran, pembelajaran, pendidikan dan dengan mengambil kira jumlah ruang yang terhad. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Islam telah menerima sistem pendidikan Islam bersepadu yang diterajui oleh SMI Hira’.
Sekolah Menengah Islam Hira’ telah menjalankan sistem Pendidikan Islam Bersepadu dengan KBSM dan kurikulum Diniyyah (MUSLEH). SMIH telah beroperasi secara sekolah berasrama penuh pada tahun 1999 di Jeram. Pendidikan di SMIH bermula dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Selepas PMR, pelajar di tingkatan empat meneruskan pengajian dalam dua aliran samada aliran sains agama atau syariah vokasional sebelum menduduki peperiksaan SPM.
Dalam bidang ko-kurikulum, pelajar diwajibkan mengikuti sistem mentor menti, aktiviti pakaian seragam Pergerakan Syabab Fatayat Malaysia (MGBSIM) dan boleh memilih untuk menyertai apa-apa persatuan dan kelab seperti Persatuan Bahasa, Kelab Nasyid, Tae Kwan Do, Silat Gayong dan sebagainya.